INTEGRASI
TEMERLOH
SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI TEMERLOH​
INSOFT
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh, 28010 Kerdau, Temerloh, Pahang Darul Makmur - 092847889 - CRA7001 - InSOfT
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh
PENGENALAN
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh atau lebih lazim dikenali dengan nama 'InSOfT' adalah merupakan satu-satunya sekolah berasrama penuh di daerah ini. Sekolah ini terletak di daerah Temerloh, Pahang, Malaysia. Secara khususnya, ia terletak di Mukim Kerdau, 15 kilometer dari bandar Temerloh, dan 42km daripada bandar Jerantut. Pekan yang terdekat ialah Pekan Kerdau, kira-kira 1.5 km dari SBPIT. Terletak di jalan Temerloh-Jerantut, sekolah ini dikelilingi oleh kehijauan alam sekitar seperti kebun getah dan sebagainya. Di bahagian belakang sekolah ini, terdapat sebuah paya. Sekolah ini dibina di atas kawasan berbukit yang menyebabkan kejadian banjir tidak pernah melibatkan sekolah ini.
Sekolah ini terletak di antara Kampung Ketam dan Pekan Kerdau.
BAGAIMANA KE INSOFT ?
Dari Kuala Lumpur, ambil laluan ke Lebuhraya Pantai Timur, LPT dan keluar di exit Temerloh. Anda akan berada di simpang tiga dan ambil laluan ke kanan (Jerantut). Sebuah papantanda telah didirikan di simpang itu. Pandu terus untuk jarak lebih kurang 6.5 kilometer, dan selepas Kampung Ketam, anda akan mendapati sekolah di sebelah kanan anda.
Dari bandar lama Jerantut, bergerak ke bandar Inderapura menuju ke simpang tiga di hadapan Masjid Tengku Abdullah dan ambil jalan menuju ke Temerloh. Bergerak terus sejauh 42km dan sekolah ini terletak di sebelah kiri anda.
Dari bandar Temerloh, ambil jalan menuju ke Mentakab. Dalam perjalanan, terdapat simpang empat menuju ke Jerantut dan Mentakab. Di simpang itu, ambil jalan ke kanan dan bergerak sejauh 15km melalui jalan Temerloh-Jerantut. Sekolah berada di sebelah kanan anda.
Selain itu, sekolah ini juga boleh diakses melalui perkhidmatan awam seperti bas dan teksi. Perkhidmatan bas Transnasional Jerantut-Temerloh atau Temerloh-Jerantut akan melalui hadapan sekolah ini.
Melalui kereta api KTMB, pengguna boleh berhenti di Stesen Kuala Krau, atau Mentakab; dan kemudiannya menggunakan bas atau teksi terus ke sekolah.
KEMUDAHAN
Pembelajaran
-
Komputer , projektor LCD, layar putih, pembesar suara bagi kelas tingkatan satu hingga tingkatan lima
-
Makmal komputer
-
Pusat Akses Internet
-
Internet tanpa-wayar merangkumi bangunan sekolah
-
Bilik-bilik khas
-
Makmal-makmal
Sukan
-
Gelanggang Badminton
-
Gelanggang Squash
-
Gelanggang Takraw
-
Gelanggang Bola Keranjang
-
Gelanggang Bola Tampar
-
Padang bola sepak